hAr!ku hAt!ku h!dUpku...

Sunday, November 27, 2011

Menanti bahagia di sebalik duka..

(^_^)V... hari ni awal muharam..then aq n kakak plus ank buah dan sewaktu dgn ny g la bjln2 ke bndaraya bp..sje bosan2 xtaw nk wat pe..org xmcm rmai la pulak..rupeny ada pc fair..ptt la rmi..pastu sok kan rmi cuti..ktorg xda wat pe pon igt nk men bowling tp ttp plak..then mkn2 kat kfc pastu blik..taw mkn kat fkc rngit je..huhu..nk wat cmne kan da nsib bdn..tp best la gak dpt bork2 ng dieorg..hmmm..tp part yg xbest tibe2 aq ley tringat lak time kua ng die mse 1st time dlu...serius..aq xbjya lupekn die lg..aq pon xtaw knp aq mngharap bnda yg xkn mgkin tjdi...aq pon xtaw pe yg aq pndg sgt kat die tu smpy aq jd xtentu hala cmni..mgkin sbb ksdrhanaan yg ada pd die..mgkin sifat die yg cool tu..serius aq pelik..atau mgkin aq xley lupe sbb pas ng xbf aq..die la llki yg aq pcya tuk bjmpa..aq pon xtaw..knp harus fk kn die..sdgkn die blom tentu fk kn aq cmne yg sdg aq fk kn ni..aq pon xtaw..hmm tp cm kta pepatah biasa..hidup perlu kite truskn even iany pahit or mnis tuk di telan..aq kne tersukn perjuangn hdup aq..kegagaln ni bukan titik noktah hidup aq..aq kne pcya jnji Allah..sume ni pasti ada hikmahny..wlaupon phit n ssh aq nk trima aq kne kuatkn dri pksa dri uk hentikn dr fk kn die..apa yg teringin sgt2 aq nk wat..aq nk msj die n ckp aq nk mtk maaf dgn sgla slh silp aq spnjg pknaln kami n halalkn mkn n mnum aq..tu je..aq nk sgt2 anta ayat ni..tp aq xnk lg malukn dri aq sndri..ape yg psti ayat ni xkn mgkin thntar sbb die seorg llki yg ego..law die pon btul2 cmne yg aq cbe serius ng die psti da lama die msj aq..cri aq.mgkin sbb tu jgk la die xbjya smpy skrg ni..bjya pikat pmpn..xtawla da smthing yg aq pon xtaw ape die cm mnrik sgt2 sal die..oo aq yg tslh wat andaian..dlu pas aq break ng xbf aq..aq sntiasa doa..ya Allah..berikn lah aq petunjuk..peliharalah hatiku..jika aq jtuh cinta biarkn lah aq jtuh cinta dgn bakal suamiku..bkn lg dgn org yg salah..ssguhny engkau maha mngetahui atas sgla2 ny..berikn lah aq ptnjuk..then..aq pon xtaw tibe2 rse tu ada tuk die..wlaupon aq knl dgn byk llki..dn dr prsaan tu..aq mula ykin dn pasti dielah org yg tuhan ciptakn tuk aq..aq buka pintu hti aq tuk die..tp..tibe2 sume tu hanya smtra..aq pon kdg2 keliru smda ni adalah ptnjuk atau ujian tuk aq dn die..aq taw harapan tuk bsma kmbli xkn mgkin blku sbb die mmg xnk dn xpnh berusha tuk kitaorg bbaik..aq kne berhenti dr berharap..megharap..Ya Allah kuatkn hatiku..berikn kesabaran padaku..sumpah aq takut tuk knl dgn llki lg..aq sentiasa gagal..aq cbe jujur dlm phbngan tp..msihkah ada harapan..aq taw aq kuat..sbb tuhan xkn beri ujian yg xmmpu di tanggung umatny..sekali lagi aq menagis kerana seorang yg bernama lelaki..aq xnk sume ni tjdi..aq xnk mengharap lagi..aq taw pnantian ni hnyalah sia2..berjaya ke aq merangkak bertatih berjalan dn berlari lagi??..tanpa kegagalan kite xkn menghargai kejayaan..kegagaln dn kejayaan adalah seiring..dlm phbngan kite kne ambil risiko n persiapkn dri tuk menerima kejayaan atau kegagalan..gagal bukan titik noktah hidup kita..insyallah..aq percaya janji Allah ..cinta kepadany itu pasti..

kegagalan bukan titik noktah kehidupan..

(^_^)V... Setiap orang didunia pasti amat berasa takut untuk menghadapi kegagalan. Ini terjadi kerana ramai yang memandang kegagalan itu dari sudut yang negatif. Sesuatu yang negati dan dipandang secara negatif akan menghasilkan satu aura negatif yang besar. Seharusnya sesuatu yang negatif perlu dilihat dari sudut positif untuk anda berjaya meneutralkannya. Antara perkara yang perlu anda perlu tahu mengenai kegagalan adalah………. (1) Apabila anda gagal, anda sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk berjaya. (2) Anda akan gagal sekiranya pemikiran anda hanya memikirkan mengenai kegagalan. (3) Kegagalan akan membantu untuk mematangkan anda membuat keputusan pada masa akan datang. (4) Kegagalan hanyalah merupakan satu proses pembelajaran untuk anda menjadi lebih berjaya. (5) Kegagalan untuk menghadapi ketakutan terhadap diri sendiri adalah merupakan kegagalan paling teruk. (6) Anda tidak akan mengetahui nikmat kejayaan selagi anda tidak pernah merasa kegagalan. (7) Kegagalan bukanlah titik noktah untuk kehidupan anda. (8) Semakin banyak anda mengalami kegagalan, semakin dekat untuk anda menghampiri kejayaan. (9) Kegagalan dan kejayaan adalah perkara yang sama. Apabila anda sudah bersedia untuk bermain, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi kedua-duanya. (10) Seorang yang takut gagal adalah seorang yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri. (11) Kegagalan adalah satu perkara yang seronok diceritakan apabila anda sudah berjaya. (12) Seorang yang telah berjaya akan berasa lebih bangga untuk menceritakan kegagalan yang pernah mereka alami dan bagaimana mereka menghadapinya berbanding kejayaan. (13) Tanpa kegagalan, kejayaan seseorang tidak akan lengkap. (14) Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya. (15) Setiap kegagalan akan membuka peluang kepada kejayaan yang baru. (16) Sekali anda gagal, seratus kali anda perlu yakin bahawa anda akan berjaya. (17) Risiko akan menghasilkan dua jawapan sahaja, kejayaan atau kegagalan.

15 perkara tentang senyum..

(^_^)V... 1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim. 2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui 3. sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak. 4. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 5. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri. 6. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa. 7. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi. 8. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 9. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit). 10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. 11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser. 12. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. 14. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah. 15. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).