hAr!ku hAt!ku h!dUpku...

Friday, September 16, 2011

adakalany sepi itu indah..

(^_^)V... Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, walau sejauh mana kita nak lari darinya ia tetap ada, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai? Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi. Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang. Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat. Namun indahnya nikmat sepi itu jika bersulam kasih dan sayang kepada yang satu. Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, “walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu, yang hakikatnya amat payah kita buang kerana kau telah lama bertakhta di hati” namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi. Perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi. Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan. Katakan, “Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku.” Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui. Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah. Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ. Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat anda tenteram, mengajak hati anda menghayati setiap kejadian yang berlaku, bukan sepi yang membuat anda sengsara namun sepi akan menyedarkan anda yang dunia ini tidak selalu indah pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita. Sepi itu terkadang boleh membuat anda terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, hati ini telah membuat anda sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat anda tenang dan membuat anda tersenyum walau terjatuh beribu kali , anda tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan anda harus mengikhlaskan hati kepada sepi. Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt. Semoga sepi itu mengajak kita kejalan kebenaran, bukannya mengajak kita jauh dari jalan yang sebenarnya, mengingati Allah swt lebih berharga dari sejuta sepi yang ada pada hati kita, kerana itu sepi yang indah pasti akan lebih bererti jika didalamnya penuh dengan nama-nama Allah swt, ucapkanlah dikala sepi mahupun kecewa, nikmatnya lebih berharga dari segalanya

putus CINTA anugerah ALLAH..

(^_^)V... *Pernah rasa putus cinta? mesti pernah ny kot?? kalo pernah i would say bagus! tp kalo xpernah anda belum lagi menenal erti percintaan yang sebenar.. As always kita di sini bukan meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakan sebalikny,kita mahu menimba pengalamandan megetahui sedikit pengetahuanyang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menagani soal kehidupan di dalam percintaan... Cuba kita tanya: > "mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita?? Mengapa Allah membiarkan kita putus cinta dengan orang yang paling kita sayang??" > Pernah anda dapat jawapan dari persoalan ini? in my humble opinion:: Tuhan berikan kegagalan percintaan ini dan takdir putus adalah kerana Dia mahu kta belajar dari kegagalan itu agar kita menjaDI MANUSIA yang lebih sempurna .dan dari pengalaman itu,kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang pengalaman n pengetahuan.. *Saya tahu tu..sebab tula i lakukan sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. i berkongsi kegagalan dan kejayaandan berbagai2 masalah yg i face myself,friends and peoples around me.. >tentu saja i sedih bila putus cinta..Tetapi...walaupun i dapat membantu walaupun seorang untuk berjaya,kebahagiaan itu...is speechless! "SO THAT WHY LA KITE XPAYAH NAK FRUST TETONGENG PUTUS CINTA!" *something happen..apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui penceraian... Cuba kita tanya: >Mengapa Allah berikan penceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan sebelum ni??... >Pernah anda dapat jawapan dari persoalan ni??.. In my humble opinion:: >Tuhan berikan penceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama,mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi kebahgiaan dan lebih menyayangi kita.Malah mungkin lebih menghargai segala-galanya tentang kita.. >Tentu saja kita bersedih..bersedih dengan penceraian yang berlaku..Tapi..apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa ,baru kita dapat melihat betapa besar nya hikmah dari Allah s.w.t.. "SO THAT WHY LA KITA KENA PERCAYA DENGAN HIKMAH DARI ALLAH BARULAH KITA TAK KAN BERSEDIH SANGAT!" *Selalu kita tengok dan bace komen-komen dari internet.."Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebalik nya!" NO!! bukan itu cara Allah memberi takdir dalam hidup kita...Betul x?? Selaluny Tuhan akan beri cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu..Tiada short cut n jalan mudah babe!.. Cuba kita tanya: > Kalau yg baik dapat yang baik..apa yang dia orang boleh belajar?? > Kalau yg jahat dapat yang jahat..semua perkara dah tahu! Mana pengajaran ny?? dan mana cabaran ny?? In my humble opinion:: Maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah.."SETIAP ORANG YANG BAIK ADALAH UNTUK MEREKA YANG MAHU BERUBAH MENJADI BAIK" .. Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR ALLAH ,Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku..Jika yang baik hanya untuk yang baik..apa yang bole kita belajar? not so much la dear..Kalau tiada ptus cinta cantik je..nothingla..that NOT LIFE!! That why selalunya ... "seorang yang baik Allah sengaja temukan dengan seseorang yang tidak baik..untuk kita mengenal erti kematangan hidup..Kemudian membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.." Ada seorang lelaki yang selalu berzina kehairanan... Mengapa aku yg jahat dan jahil ni tetap mendapat isteri yang masih ara??d >Itulah takdir kasih dari Allah masih memberi peluang padany dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan Allah atau sebalikny.. Si isteri jga kehairanan.... Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertakwa tetapi mendapat lelaki yang jahil dan yg terbelengu kemaksiatan dalam hidupnya?? > Itula satu cabaran dari Allah bagi si isteri unuk membuka hati suami nya agar kembali beriman kepada Allah.. >cuba imagine kalau die dapat isteri yang rosak akhlaknya... Jadi ini betul cara nya yang Tuhan mahu kita hadapi..melalui cabaran dan dugaan.. So..putus cinta...bercerai...semua itu adalah satu proses..Proses usaha kita dimana Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran..Dia mahu kita belajar dan menambah pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang lebih menghargai nikmat dari Allah.. kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.. Jadi apabila berlaku putus cinta atau penceraian sekali pun..kita hadapiny dengan seyuman..kerana itu adalah pemberian dari Allah..The balance of universe..kesetabilan hukum alam kita! =)