hAr!ku hAt!ku h!dUpku...

Sunday, November 27, 2011

kegagalan bukan titik noktah kehidupan..

(^_^)V... Setiap orang didunia pasti amat berasa takut untuk menghadapi kegagalan. Ini terjadi kerana ramai yang memandang kegagalan itu dari sudut yang negatif. Sesuatu yang negati dan dipandang secara negatif akan menghasilkan satu aura negatif yang besar. Seharusnya sesuatu yang negatif perlu dilihat dari sudut positif untuk anda berjaya meneutralkannya. Antara perkara yang perlu anda perlu tahu mengenai kegagalan adalah………. (1) Apabila anda gagal, anda sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk berjaya. (2) Anda akan gagal sekiranya pemikiran anda hanya memikirkan mengenai kegagalan. (3) Kegagalan akan membantu untuk mematangkan anda membuat keputusan pada masa akan datang. (4) Kegagalan hanyalah merupakan satu proses pembelajaran untuk anda menjadi lebih berjaya. (5) Kegagalan untuk menghadapi ketakutan terhadap diri sendiri adalah merupakan kegagalan paling teruk. (6) Anda tidak akan mengetahui nikmat kejayaan selagi anda tidak pernah merasa kegagalan. (7) Kegagalan bukanlah titik noktah untuk kehidupan anda. (8) Semakin banyak anda mengalami kegagalan, semakin dekat untuk anda menghampiri kejayaan. (9) Kegagalan dan kejayaan adalah perkara yang sama. Apabila anda sudah bersedia untuk bermain, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi kedua-duanya. (10) Seorang yang takut gagal adalah seorang yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri. (11) Kegagalan adalah satu perkara yang seronok diceritakan apabila anda sudah berjaya. (12) Seorang yang telah berjaya akan berasa lebih bangga untuk menceritakan kegagalan yang pernah mereka alami dan bagaimana mereka menghadapinya berbanding kejayaan. (13) Tanpa kegagalan, kejayaan seseorang tidak akan lengkap. (14) Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya. (15) Setiap kegagalan akan membuka peluang kepada kejayaan yang baru. (16) Sekali anda gagal, seratus kali anda perlu yakin bahawa anda akan berjaya. (17) Risiko akan menghasilkan dua jawapan sahaja, kejayaan atau kegagalan.

No comments:

Post a Comment